Monday 24 September 2012


Assalamualaikum..^^
Hi korang sumer... rini saya nak share ilmu skit nan korang about 'Counselor' or kiter ringkas kan dier as 'Cr'..hihi...Korang tau x Cr 2 aper? ciri-ciri dier.. peranan dier.. n cam2 lagi lah..??... hehe
haaaa... nie eden nak kasi tau sama u all sumer ek..biasanyer Cr ni dier terlibat dalam bidang KAUNSELING kan... so hari ni, saya nak share nan u all sumer about 'kaunseling'... 

okey...  selamat membaca...!! (^_*)

Apa itu kaunseling?
Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

"Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati"


~SELAMAT MENIMBA ILMU SEMUA~

Sunday 23 September 2012


Assalamualaikum semua....
I'm new here..^^  So, nak share lah serba skit yer sal diri saya..huhu.. Saya ni masih belajar dan menuntut di salah sebuah institusi pengajian yang berada kat dalam Malaysia ni jer..hehe.. Saya belajar dalam bidang yang berkaitan dengan merawat jiwa manusia yang sedang sakit or membantu menstabilkan emosi dan pemikiran seseorang yang sedang menghadapi masalah..huhu..cer teka saya belajar dalam kos apa..?^^

Kat atas 2, picture GENG kami.. sumer nyer sweet2 belaker..hihi...dalam TEAM kami, sorang jer BOY.. 2 yang duk kat depan, kat tengah2 2...dier tegas giler..haha..( to~BOY yg kat depan 2, jangan marah yer ) ^__^ just joke....

Tym ni, kami first sem. Sumer nyer Xcited dalam picT ni...hehe...
Okey... Nanti, kiter citer2 lagi ek dlm next EPISODE.. ^^
taadaaa..
~2 B continued~

ni 2 org miss primadona..hihi


wiff miss Jalilah tym nak settle kan PTPTN ( tembam kot tym ni..hihi)

cik ILA.. peace!!

dalam bilik kulih.. sempoii jek..huhu

pose wiff cik LEHA..

SENYUMMMMmmmMMM!


aini~ila~dilah~suE

gelagat boboy n gegirlS tym kuliah..hoho

fokus2...!!


ni SENIOR kiteorg..so cutE...HUHU


~Gelagat-gelagar GENG cr tym sem 1..huhu.. ( dats our sweet memory ) ~