Friday 19 October 2012


GEJALA PEMBUANGAN BAYI....

Hamka pernah mengungkapkan, “Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita”. Setiap pasangan yang berkahwin sememangnya mengimpikan untuk mempunyai anak sama ada lelaki atau perempuan sebagai penyambung keturunan mereka di dunia ini. Anak yang dilahirkan akan dijaga dengan penuh kasih sayang sehingga ada yang sanggup berjaga siang dan malam demi anak tersayang. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini kita selalu dihidangkan dengan berita pembuangan bayi yang dilakukan oleh segolongan manusia yang berjiwa binatang. Bayi yang dilahirkan dibuang bagaikan sampah di merata-rata tempat tanpa belas kasihan.


6 LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI

Langkah pertama: Sistem pendidikan perlu menekankan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah. Kesedaran terhadap pembentukan sifat dan sahsiah diri seperti elemen tolong menolong, nasihat menasihati, prihatin, bertanggungjawab, kepercayaan kepada agama, beretika, dan berintegriti adalah amat perlu.

Langkah kedua: Pendidikan kepada ibu bapa tentang gejala ini dan kebertanggungjawaban mereka terhadap gejala ini. Institusi keluarga boleh memainkan peranan membanteras gejala ini yang mana fokus yang lebih besar perlu dititikberatkan dalam peranan keluarga atau ahli keluarga bagi membendungnya di peringkat awal.

Langkah ketiga: Memberi penerangan secara meluas tentang salah laku sosial ini bagi menjelaskan kepada golongan sasar iaitu remaja dan belia bahawa setiap keputusan yang diambil akan memberi kesan yang mendalam di dalam kehidupan hari esok. Keputusan yang salah dengan membuang bayi atau membunuh bayi atas dasar menyelesaikan satu masalah akan mengundang masalah yang lebih besar dan serius.

Langkah keempat: Menyediakan platform bagi mereka yang tersalah langkah untuk dipandu kembali ke jalan yang benar. Pusat pemulihan sosial perlu diwujudkan segera bagi remaja yang antisosial dan buat masa sekarang boleh difokuskan kepada remaja mengandung bagi membantu mereka dan mengenal pasti punca gejala ini berlaku.

Langkah kelima: Menumpukan kepada remaja lelaki yang jika dilihat mungkin menjadi penyebab utama gejala ini berlaku. Golongan remaja lelaki ini mungkin terdiri daripada teman lelaki mangsa atau penjenayah seksual. Pendidikan dan hukuman perlu juga ditimbang daripada aspek ini dan penyelesaian masalah golongan ini akan membantu mengurangkan gejala pembuangan bayi.

Langkah terakhir: Memberi penekanan hukuman berat sebagai langkah terakhir setelah semua langkah-langkah ini diambil dan perlu ditekankan pendekatan pembetulan dan pemulihan.














No comments:

Post a Comment