Sunday 28 October 2012

TEORI PEMUSATAN INSAN (PCC)
Sifat manusia
1) Manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan dirinya dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan kendiri.
2) Berupaya memberi nilaian positif kepada pengalaman yang dirasakan sebagai positif dan nilaian negatif bagi pengalaman yang dirasakan sebagai negatif baginya.
3) Manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan saling percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami.
4) Dapat mengasingkan hasil pengalaman yang positif dan negatif.
5) Boleh menerima / menolak dan memberikan erti yang bermakna dalam pembentukan konsep kendirinya.
6) Desakan dalaman bergerak ke arah kesejahteraan kendiri.

Tiga Suasana yang perlu ada pada kaunselor

    • Keredhaan , kejujuran, keihlasan, dan kebenaran.
    • Penerimaan tanpa syarat
    • Kefahaman yang mendalam / empati
    Tiga unsur penting dalam teori PCC.
    • Organisma – seorang individu secara holisik (keseluruhan)
    • Bidang Fenomenologi – keseluruhan pengalaman
    • Kendiri – Satu unsur yang terdapat di dalam fenomenologi yang disebut ‘saya’ atau ‘aku’
    Matlamat Kounseling PCC
    • Kesediaan meneria klien dan mengalami realiti yang sebenar.
    • Yakin akan diri sendiri.
    • Kaunseli akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikiran sendiri.
    Ciri-ciri Kaunseling PC
    • Penglibatan klien yang aktif dalam meneroka masalah.
    • Kemampuan untuk berkembang (emosi, intelek).
    • Perkembangan berlaku dalam suasana mesra, permisif dan penuh kefahaman,
    Peranan Kaunselor Yang Mengaplikasi PCC
    • Fasilitator
    • Mewujudkan suasana yang sesuai dan menggalakkan.
    • Membantu klien agar tidak lagi bersifat membela diri defensive bagi setiap tingkahlakunya.
    • Memperlihatkan kepada klien bahawa ia dianggap sama taraf dengan dirinya.
    Teknik & Tatacara Kaunseling
    • Perhubungan yangbersifat ketulusikhlasan, kejujuran, ketulenan, kesediaan menerima tanpa syarat.
    • Berkeupayaan berempathi secara tepat
    • Mendorong Individu bergerak ke arah memperkembangkan diri menuju nirwana kendiri.
    Tiga Elemen :
    • Keredhaan,
    • Kongruen
    • Empathi
    • Merupakan kunci utama dalam menjalin hubungan yang berkesan

    No comments:

    Post a Comment